Thursday, July 2, 2009

Mutiara Sabah


Di Sabah, mutiara asli atau lebih dikenali sebagai Mutiara Air Masin terhasil di laut dalam perairan Sabah.

Sabah merupakan satu-satunya pengeluar Mutiara Air Masin di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis bentuk, warna dan saiz wujud di perairan laut dalam Sabah.

Hasil mutu dan kualiti pengeluaran mutiara air masin Sabah setanding dengan pengeluar mutiara asli (mutiara air masin) yang popular seperti mutiara dari Laut Selatan, Australia, China, Jepun dan Filipina. Bukan sahaja kedudukan geografi dan perairan yang sama, mutiara yang terdapat di Sabah juga malahan jauh lebih bermutu dari mutiara yang terdapat di negara pengeluar lain.

Sejak kurun ke 18 dan kurun 19 lagi mutiara air masin Sabah telah diterokai tetapi hanya dimiliki oleh golongan-golongan bangsawan kerana kedudukannya yang beada di laut dalam. Bermula awal tahun 1900, teknik komersial telah digunakan dalam menemui dan memperolehi mutiara asli Sabah.

Terdapat beberapa bentuk dan jenis mutiara asli yang terdapat di pasaran Sabah. Sebahagian daripada bentuk mutiara yang kebanyakannya didapati secara komersial. Berikut merupakan jenis mutiara yang lazimnya dijumpai di jual di Sabah ini.



1. Mutiara Corn (Mutiara jagung)
Bentuk mutiara ini adalah seakan biji jagung.


2. Mutiara Potato
Mutiara ini mempunyai bentuk seakan buah potato. Bentuknya adalah hampir kepada bulat sempurna.



3. Mutiara Beras
Mutiara ini lonjong seakan-akan biji beras.


Ketiga-tiga bentuk ini adalah yang biasanya diikat untuk dijadikan sama ada rantai mahupun gelang mutiara. Banyak lagi bentuk lain yang dihasilkan, bagaimanapun ia kurang digunakan dalam pembuatan aksesori mutiara.






No comments:

Post a Comment