Wednesday, July 1, 2009

Mutiara Asli


Mutiara asli atau semulajadi ini lebih dikenali sebagai mutiara air masin. Objek bulat yang keras ini dihasilkan oleh hidupan daripada keluarga moluska seperti tiram yang bercengkerang keras di laut dalam.

Nilai sebutir mutiara itu terletak dari segi rupa bentuk, warna dan tekstur kulitnya. Setiap satu daripada unsur ini menjamin nilai dan ketahanan mutiara tersebut. Di sebalik semua faktor tersebut, mutiara yang bermutu tinggi sering terletak kepada daya kemilau semulajadinya. Semakin bulat, licin tanpa kesan kecacatan semulajadi pada permukaannya maka semakin tinggi harga sebutir mutiara asli tersebut.

Asasnya, mutiara asli mempunyai lapan bentuk lazim iaitu bulat, separa bulat, bentuk butang, titisan air mata (eyedrop), pear, bujur (oval), bulatan (circled) dan baroque iaitu bentuk yang dianggap luar daripada kebiasaan. Bentuk bulat yang sempurna sukar diperoleh membuatkan mutiara yang berbentuk bulat bernilai lebih tinggi. Bentuk-bentuk mutiara ini mempengaruhi dalam menentukan kesesuaian sesuatu rekaan.




Selain putih dan hitam, ada banyak lagi warna yang menjadi rebutan seperti keemasan, merah jambu lembut, pistasio (kehijauan), perak, gangsa, kebiru-biruan, perang, dan sebagainya. Selain itu, lokasi asal mutiara juga mempengaruhi kualiti dan nilainya. Sebagai contoh, mutiara hitam Tahiti dikatakan antara yang paling mahal kerana ia sukar diperoleh. Lokasi pengeluar mutiara asli yang popular seperti mutiara dari Laut Selatan, Australia, China, Jepun dan Filipina.




Warna mutiara yang biasa terdapat dipasaran ialah merah jambu, merah jambu susu, putih kuning, keperakan, keemasan hijau, hitam, biru dan coklat. Pakar-pakar mutiara amnya menasihatkan agar pemilihan warna ini disesuaikan / padankan dengan warna kulit si pemakai.

No comments:

Post a Comment