Sunday, July 5, 2009

Kristal Sabah


Kristal merupakan sejenis batuan mineral yang berasal dari gunung ataupun carian panas dari dalam bumi yang mengalir keluar bumi. Pembentukan kristal adalah kesan dari magma panas merah (larva lebur)di bahagian dalam bumi membeku akibat suhu luar bumi yang sejuk berbanding dalam bumi. Kebiasaannya akibat daripada letusan gunung berapi, di mana larva yang mengalir menyejuk setelah letupan berlaku. Batuan kristal terhasil setelah penyejukan larva dan campuran kimia mineral secara semula jadi akibat proses letupan gunung berapi.


Batuan beku merupakan panggilan selain kristal ini juga mempunyai pelbagai saiz. Pembekuan yang memerlukan masa yang agak lama untuk menjadi padat akan membentuk batuan kristal yang agak besar. Manakala pembekuan yang mengambil masa yang singkat akan membentuk kristal yang kecil.


Terdapat lebih 3000 jenis batuan kristal yang terdapat di bumi ini. Bentuknya yang unik dan khasiat yang terkandung di dalamnya memjadikan kristal salah satu batuan yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dunia.




Kristal asli ini diubah suai bentukknya mengikut kehentak dan permintaan pelanggan. Malahan ada juga kristal ini ubah suai kepada kristal tiruan, antara yang terkenal Kristal swarovski yang terdapat pelbagai bentuk dan warna. Daniel Swarovski menubuhkan Syarikat Swarovski di Austria pada tahun 1895 selepas mencipta mesin pemotong automatik pada tahun 1892. Kristal Swarovski mengandungi 32% besi oksida, beberapa mineral asli dan pasir.



Kristal swarovski boleh didapati pelbagai bentuk antaranya bentuk faceted round(bulat), bikone, bentuk mata air, bentuk hati (heart), bentuk donat, sidehole dan sebagainya. Setiap bentuk kristal ini berlainan harganya. Harga Kristal swarovski adalah bergantung kepada bentuk dan size serta jenis kristal.


Kristal swarovski lebih diminati dalam menghasilkan barangan kemas atau perhiasan kerana kualiti tersendiri yang dihasilkan daripada kristal ini. Kesempurnaan dalam “cutting” dan “polishing menjadikan kristal Swarovski lebih bernilai daripada yang lain.




No comments:

Post a Comment